Sunday, November 4, 2007

HUTAN LIPUR LATA KIJANG


Hutan Lipur Lata Kijang terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi dan adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit pada paras antara 400 dan 500 meter a.p.l. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang menerjah turun melalui tebing-tebing tinggi yang berbatu licin setinggi 80 meter. Terdapat juga beberapa buah gua di sekeliling gunung ini seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.


Selain daripada itu terdapat denai-denai dan laluan-laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Di sepanjang perjalanan, pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di hutan lipur ini seperti berkelah, berkhemah, mandi-manda dan bersiar-siar.

No comments: