HUTAN LIPUR DE BANA

Hutan Lipur De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur De Bana, bersempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur ini. Keistemewaan hutan lipur ini ialah terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid liar, pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas denai, berkhemah serta bersiar-siar. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan denai hutan disediakan bagi memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semulajadi yang nyaman.
No comments:
Post a Comment