Sunday, November 4, 2007

Beaches and waterfalls

As the Titiwangsa mountain range tapers down to the southern tip of the peninsula, it gives rise to several waterfalls in the state, the likes of Jeram Toi, Litar Kijang in Jelebu and Ulu Bendol in Kuala Pilah. Waterfalls aside, Negri Sembilan’s most famous attraction must be the beaches of Port Dickson. With several kilometres of white sandy beach, Port Dickson offers sunbathing, swimming and watersports in numerous hotels and resorts; with the most popular spot being at Teluk Kemang.
Minangkabau charm


Negri Sembilan was established around the 15th century by the Minangkabau tribes of West Sumatra who migrated to the region during the height of the Malay Sultanate in Malacca.
The Minangkabau brought with them a rich cultural heritage, which is still preserved and practiced today as the fascinating Adat Pepatih – a matrilineal system of inheritance and administration that is unique to the state.




Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelengsar berat yang tidak boleh ditemui di sebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang.
Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-5, iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebahai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869. Bangunan ini berukuran 66 1/2 kaki panjang dan 23 1/2 kaki lebar. Apabila istana ini siap, Yamtuan telah menghadiahkan istana ini kepada puterinya, Tunku Cindai apabila puteri baginda berkahwin dengan Tengku Muda Chik, putera Yamtuan ke-4, Yamtuan Radin. Istana ini terletak kira-kira enam batu dari Seri Menanti. Tengku Muda Chik telah menambahkan lebih banyak panel berukir dan tinggal di sana bersama-sama isterinya. Istana ini kemudiannya telah diberikan kepada puteri mereka Tunku Halijah yang berkahwin dengan Yamtuan Muhammad, Yamtuan ke-7 sebagai isteri keduanya. Apabila Tunku Halijah meninggal pada tahun 1921, ia telah dihuni dari semasa ke semasa oleh anggota keluarga yang lain. Tetapi mulai kira-kira tahun 1930, ia tidak lagi dihuni secara tetap dan kemudiannya terbiar tanpa dibaiki langsung.
Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8, Tunku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980 bangunan ini telah dipindahkan ke Tapak Kompleks Taman Seni Budaya dan kini sebagai salah satu daripada tempat sejarah yang perlu dilawati.

Blue LagoonAbout 15 km from Port Dickson town lies the Blue Lagoon which offers a breathtaking view of the surrounding greenery and the blue open sea. The lagoon is an ideal spot for swimming, boating, wind surfing and water skiing. This is where the action is when it comes to having fun in the sun. Accommodation is easily obtainable as a number of hotels and motels are located here.
Port Dickson, the playground resort in Negeri Sembilan, Malaysia, is 34km from the state capital of Seremban and about one and a half hour's drive from Kuala Lumpur. It offers 18km of fine sandy beaches fringed by casuarinas, coconut palms and the spreading branches of the Banyan tree. The road practically hugs the coastline - you can just stop wherever it suits your fancy and just plunge into the cool waters. Vendors along the road offer thirst quenching drinks of coconut water and sugar-cane juice.

HUTAN LIPUR LATA KIJANG


Hutan Lipur Lata Kijang terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi dan adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit pada paras antara 400 dan 500 meter a.p.l. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang menerjah turun melalui tebing-tebing tinggi yang berbatu licin setinggi 80 meter. Terdapat juga beberapa buah gua di sekeliling gunung ini seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.


Selain daripada itu terdapat denai-denai dan laluan-laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Di sepanjang perjalanan, pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di hutan lipur ini seperti berkelah, berkhemah, mandi-manda dan bersiar-siar.
HUTAN LIPUR DE BANA


Hutan Lipur De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur De Bana, bersempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur ini. Keistemewaan hutan lipur ini ialah terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid liar, pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas denai, berkhemah serta bersiar-siar. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan denai hutan disediakan bagi memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semulajadi yang nyaman.
HUTAN LIPUR BATU MALOI



Hutan Lipur Batu Maloi terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin yang terdiri jenis Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Keunikan disini terdapatnya Gua yang terbentuk di bawah bongkahan-bongkahan batu-batan yang besar di sepanjang 1km diberi nama Gua Batu Maloi.


Terdapat sebatang yang dikenali sebagai Sungai Johol yang mengalir di kawasan ini sesuai sebagai tempat aktiviti berkelah, mandi-manda dan beristirahat. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan
HUTAN ULU BENDUL


Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Hutan Simpan Angsi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti lasak, berkelah, berkhemah atau bersiar-siar.

Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik untuk dikunjungi dan bermandi-manda. Pelbagai kemudahan yang serba lengkap seperti kawasan perkhemahan, chalet dan lain-lain prasarana menjadikan hutan lipur ini salah satu destinasi pelancongan eko utama di Negeri Sembilan